Berita Semasa

MELANGKAH KE HIMPUNAN SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI DI PADANG TIMUR MBPJ 14 OKTOBER


 Perhimpunan “Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi” pada 14 Oktober 2017 tidak lama lagi akan menjadi lebih mendesak dan perlu untuk rakyat tahu betapa pentingnya menukar Kerajaan BN yang ada kepada Pakatan Harapan dalam PRU14. 

2. Dengan pendedahan terbaharu oleh Bank Negara (BNM) yang telah mendenda syarikat pelaburan milik Kementerian Kewangan, maka makin terserlah bahawa telah berlaku penyelewengan besar-besaran dalam 1MDB yang cuba dinafikan dengan pelbagai kenyataan putar belit memperdaya rakyat.  
3. Pakatan Harapan telah mendedahkan sepucuk surat daripada BNM yang menyatakan 1MDB telah didenda sejumlah RM115.8 juta kerana tidak mematuhi Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Ini bermakna banyak undang-undang telah dicabuli oleh syarikat kontroversi ini. 

4. Oleh itu, Himpunan “Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi” tawaran Pakatan Harapan pada 14 Oktober ini cukup penting untuk parti-parti gabungan menawarkan penerangan yang terperinci dan menuntut semoga rakyat di negara ini melaksanakan perubahan nekad pada pilihan raya tidak lama lagi. 

5. Jelas sekali pencabulan undang-undang ini dibuat mengikut aba-aba "seseorang" kerana 1MDB bukan sejenis makhluk yang boleh bertindak sendiri. Dan risikonya dunia mengecam Malaysia sebagai sebuah negara kleptokrasi. 

6. Himpunan yang mensasarkan 100,000 akseptor ini akan diadakan di Padang Timur MBPJ, Petaling Jaya, Selangor bermula jam 4.00 petang. Seluruh pemimpin Pakatan Harapan akan gotong royong menjayakan himpunan aman ini. 

 7. Orang ramai, ahli-ahli parti dan penyokong Pakatan Harapan khususnya di Wilayah Persekutuan dinasihatkan mematuhi segala aba-aba pihak penganjur dan sentiasa menjaga tatatertib sepanjang berlangsungnya perhimpunan bagi mengelakan parkara-perkara yang tidak diingini. 

 Amanah. Progresif. Peduli.

TARMIZI MOHD JAM 

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MELANGKAH KE HIMPUNAN SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI DI PADANG TIMUR MBPJ 14 OKTOBER"

Post a Comment