Berita Semasa

Kerjasama Umno-Pas Dilihat Beri Manfaat


(Bernama) – Bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa berpendapat kerjasama antara Pas dan Umno dilihat semakin cerah dan akan memberi manfaat kepada Malaysia sejajar dengan konsep wasatiyyah atau kesederhanaan.

 Menurutnya Pas dan Umno tidak perlu bergabung tetapi mengadakan kerjasama demi kestabilan politik dengan mengetepikan perbezaan masing-masing.

 “Saya optimis kerjasama tersebut dapat menyatupadukan orang Melayu dan rakyat Malaysia ke arah sebuah negara yang aman damai. Saya masih berpegang kepada kaedah kerjasama itu untuk berbincang dan merancang masa depan politik dan melihat sesuatu demi kepentingan negara,” katanya.

 Nasharudin yang merupakan Pengerusi Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) berkata demikian dikala menjawab soalan seorang penerima yang ingin tahu tahap wasatiyyah diamalkan Pas – Umno selepas memberikan syarahan umum bertajuk ‘Gerakan Kesederhanaan Global: Membina Jambatan dan Menghapuskan Halangan Menerusi Kesederhanaan’ di Wisma Putra di sini, hari ini.

 Katanya, perkembangan hari ini menyaksikan Pas yang dipimpin oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awan memiliki nada yang berbeza dalam gosip kerjasama Pas – Umno berbanding kepimpinan sebelumnya, yang sudi membuka jalan perbincangan kepada BN.

 “Pas tidak perlu sertai Umno dan sebaliknya. Tetapi apa yang penting kedua-dua parti perlu berhubungan mencari formula terbaik demi kebaikan kedua-dua belah pihak,” katanya.




Baca Juga :
RAKYAT BERSUJUD SYUKUR JIKA PAS
BEER
SIKAP ORANG MELAYU ISLAM
BERAGAMA SECARA SENTIMEN DAN EMOSI

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerjasama Umno-Pas Dilihat Beri Manfaat"

Post a Comment