Berita Semasa

Kelantan gagal mempamirkan sikap pentadbiran Islam yang telus dan jujur.


  Dato Husam Musa berasa amat keciwa dan kesal diatas sikap Exco D Anuar Tan yang tidak memberi laluan untuknya bertanya mengenai info ECoBit Protector dan HSK sejuta ekar pada sidang Dun Kelantan kali kedua, bagi temp[oh penggal kelima kelmarin.

Anuar Tan telah berjanji akan memberi peluang kepada Husam untuk bertanya dan boleh bahas hingga pagi selepas dia menggulung tetapi sebaliknya Exco ini terus duduk tanpa memberi apa-apa peluang kepada Husam ibarat yang dijanjikan.

Jelas sikap Anuar Tan seorang yang pembohong walaupun pada simpulan ucapannya dia berkata dia hanya bercakap apa yang benar.

  Janji Exco Kerajaan Islam ini yang mengaku bercakap benar dan benar sahaja patut berasa aib dan kerana mencemar maruah dirinya sendiri dalam hal kesepakatan untuk menunjukkan laluan.

 Exco ini gagal menandakan adab seorang Islam dengan memungkiri janjinya dengan tidak bercakap benar kerana ia selamba sahaja terus duduk.

Jika Anuar Tan bercakap benar dalam penggulungannya, kenapa dia takut memberi laluan kepada Husam untuk bertanya mengenai info ECoBit Protector dan HSK sejuta ekar demi kepentingan negeri dan rakyat dengan kesan dari perkembangan info tersebut.

Ternyata apa yang berlaku pada sidang Dun Kelantan kelmarin, kerajaan Kelantan Islam gagal mempamirkan sikap pentadbiran Islam yang telus dan jujur untuk menunjukkan gambaran yang lapang dada dan terperinci mengenai info perdagangan karbon dengan sejuta ekar hutan simpan jadi cagaran yang sedang hangat dipersoalkan rakyat Kelantan.

 Pas parti yang kononnya mentadbir Kelantan dengan thema membangun dengan Islam hanyalah rethorik dan hipokrit kerana terbukti telah gagal membuktikan kemampuannya.




Baca Juga :
Inilah perbezaan besar antara dua pemimpin negara
Baguslah jikalau Awie Sudah bertaubat...
Tiada Faedahnya Rakyat Beri Sokongan Kepada Pas
Mujahid saman pensyarah RM5 juta

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kelantan gagal mempamirkan sikap pentadbiran Islam yang telus dan jujur."

Post a Comment