Berita Semasa

Kelantan bebas rasuah sama macam Najib dan Samy Vellu


 Ada Pak Lebai tuduh , ketegasan DAP terhadap rasuah tidak konsisten kerana enggan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

 Menurutnya lagi, keengganan DAP menandatangani IBR mengukuhkan persepsi umum terhadap pemerintahan DAP yang terpalit dengan skandal rasuah.

 Malah katanya lagi, perjuangan menentang kleptokrasi yang gah dilaungkan kepimpinan tertinggi DAP hanyalah satu retorik di mana kini terlihat kepura-puraan itu secara nyata. Mereka sepatutnya berguru dengan Kerajaan PAS Kelantan yang lama memerintah tetapi terbuka dan tidak pernah berhadapan gosip rasuah. Baca lagi di sini

  Geli hati bila Pak Lebai ni suruh berguru dengan Kerajaan PAS Kelantan yang kononnya tidak ada gosip rasuah.

 Tolong ingatkan Pak Lebai dan walaun yang punya anggapan sedemikian bahawa PM Najib pun SPRM bersihkan beliau  dari sebarang tuduhan rasuah walaupun terbukti RM2.6 billion masyuuk!

  Ramai yang tahu bahawa menteri-menteri Umno BN ramai yang terpalit dengan rasuah, tapi kebanyakan mereka bebas dan diistiharkan bersih sebagaimana bekas Menteri Kerjaraya dulu Mr Samy Vellu yang pernah mengaku dirinya sebagai yang paling bersih alasannya mendapat perakuan demikian dari SPRM sendiri !

  Rakyat Kelantan tahu lebai-lebai di Kelantan duk usung balak dan pelari tanah rakyat tapi masih bebas dan bersih macam PM Najib juga!

 Meh Pak Lebai dan walaun baca tulisan Shahbudin Husin yang mengulas perkara yang sama mengenai gosip IBR yang ada lampirkan bersama di bawah.
Memetik kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad, dilaporkan hanya Pulau Pinang saja belum lagi menyatakan persetujuan untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah atau IBR sebagai tanda janji untuk memerangi jenayah tersebut.

Semua negeri yang ditadbir BN telah pun menandatangani IBR itu, manakala Selangor dan Kelantan, meskipun belum juga ber

Penting sangatkah IBR itu sehingga Ketua Pesuruhjaya SPRM menyatakan kesalnya terhadap Pulau Pinang yang enggan menandatanganinya?

Apakah negeri-negeri yang menandatangani IBR itu tiada kes rasuah berlaku,  pimpinan kerajaannya benar-benar berusaha memerangi rasuah dan mereka tidak terpalit sama-sekali dengan sebarang elemen rasuah?

Atau negeri-negeri tersebut sekadar menandatanganinya semata-mata untuk menutup pendangan ramai terhadap kebejatan sendiri?

Tidak ada sama-sekalikah kes rasuah selama ini berlaku di negeri yang menandatangani IBR itu?

Tidak pernahkah timbul perbualan orangramai mengenai kekayaan dan kehidupan mewah pimpinan kerajaan dan segala kaum kerabatnya di negeri-negeri yang menandatangani IBR yang mungkin berpunca daripada amalan rasuah?

Adakah kerana Pulau Pinang tidak menandatangani IBR itu, maka ia bermakna mereka tidak serius memerangi rasuah berbanding negeri-negeri yang lain?

Bukanlah kalau ada sebarang kes rasuah, memang menjadi tanggungjawab SPRM untuk menyiasat, menangkap dan mendakwa di mahkamah tanpa mengambil kira sama ada IBR ditandatangani atau tidak?

Jika begitu, apa yang nak kecoh-kecoh sangat dengan IBR itu?

Adakah dengan adanya IBR juga, SPRM hanya percaya sepenuhnya kepada ikrar tersebut dan mengurangkan referensi ke negeri-negeri berkenaan serta memberi lebih perhatian kepada Pulau Pinang yang tidak menandatanganinya?

Terlanjur adanya IBR ini, kenapa tidak SPRM turut memanjangkannya kepada semua menteri termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kementerian-kementerian, agensi kerajaan, GLC dan sebagainya?

Adakah Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan yang paling banyak memberi kelulusan projek selama ini, pernah menandatangani sebarang IBR?

Begitu juga dengan 1MDB, Felda, FGV, Felcra dan lain-lainnya, tidak mahukah mereka diminta sama untuk menandatangani IBR tersebut?

Dan kesannya bukankah lebih gempak dan menaikkan lagi nama SPRM kalau Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB juga dapat menurunkan tandatangannya berkenaan IBR?  (ShahbudinHusin 15/07/2017).




Baca Juga :
Idris Ahmad terus dibuai mimpi dan mengigau di siang hari
AGENDA PENTADBIRAN ISLAM.
BETULKAH PAS LAWAN UMNO?
Tiada Tindakan Lanjut  Ke Atas Gopi - Perintah PM! 

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kelantan bebas rasuah sama macam Najib dan Samy Vellu"

Post a Comment