Berita Semasa

Jangan malukan Anwar, pesan Ambiga pada pembangkang


  KUALA LUMPUR: Aktivis hak asasi Datuk Ambiga Sreenevasan memberi amaran kepada Pakatan Harapan biar jangan terlalu ghairah mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadikan perdana menteri.

“Mungkin saya akan kehilangan ramai kawan kerana kenyataan ini tetapi kelakuan mereka memalukan Anwar kerana seakan-akan jawatan perdana menteri sahaja yang ia mahukan,” katanya di forum “Isu berbangkit di Malaysia menjelang PRU-14” di Pusat Legasi Wesley di sini hari ini.

“Saya tahu Anwar seorang manusia yang mendahulukan negara jadi penyokong ia mesti mendahulukan negara.” Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) itu berkata pembangkang sepatutnya kemuka formula kemenangan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 dan mengapa rakyat perlu memilih mereka.

“Siapa yang mereka mahu pilih sebagai perdana menteri pada asasnya ialah keputusan mereka tetapi mereka perlu bertenang dan pertimbangkang semula kelakuan mereka. Saya cuma mahu formula kemenangan. Tunjukkan kau ada taktik dan pasukan untuk menang pilihan raya.”

Beliau mengingatkan pembangkang untuk tidak mengambil mudah sokongan pengundi yang mahukan perubahan.

“Tidak kira betapa tidak cekapnya mereka, kita masih mengundi mereka kerana kita mahu melihat perubahan. Jangan ambil mudah sokongan kami.”

Meskipun begitu, Ambiga menggesa pengundi biar memilih pembangkang pada pilihan raya nanti.

“Mesti ada perubahan. Saya memilih bukan kerana saya memihak kepada pembangkang tetapi kerana kita tidak lagi boleh kekalkan kerajaan yang sudah lebih 60 tahun memerintah.

“Saya kenal ramai orang yang marah dengan pembangkang dan begitu juga saya, tetapi hanya dengan menyingkirkan BN mereka akan sedar yang mereka boleh disingkir kalau tidak baiki diri sendiri.”

Semalam ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Pakatan Harapan belum memutuskan calon perdana menteri mereka untuk pilihan raya umum akan datang.

Pimpinan PKR, Amanah dan DAP di kongres PKR 21 Mei lepas mengangkat plakad “Anwar PM ke-7”, manakala pimpinan PPBM tidak berbuat demikian.

Pada 1 Jun lalu, Dr Mahathir berkata ia tidak bersetuju menjadi perdana menteri tetapi akan mempertimbangkannya kalau diminta.

Dr Mahathir berkata ia tidak akan membelakangkan pimpinan PH lain, maka pemilihan calon perlu mendapat persetujuan semua komponen gabungan pembangkang. sumber

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jangan malukan Anwar, pesan Ambiga pada pembangkang"

Post a Comment