Berita Semasa

Harap Amanah terus saman si Razman...


 Portal Malaysiakini melaporkan, Hj Razman Zakaria, Pesuruhjaya PAS Perak hari ini memohon maaf kerana mengaitkan Parti Amanah Negara (AMANAH) serta pemimpin pertubuhan itu dengan Parti Komunis Malaya (PKM).
 "Dah mereka terasa hati, kita minta maaf sajalah. Daripada pergi (ke mahkamah) membuang masa, minta maaf sajalah.

 "Kalau ia (AMANAH) terasa hati dengan perkataan itu, sekurang-kurangnya ia tak sukalah perkataan itu, tetapi itulah hakikatnya.

 "Tak apalah ia minta (permohanan maaf), itu proses saja," katanya saat dihubungi Malaysiakini.  sumber
 Beginikah cara minta maaf si Razman?  Jelas ia masih dengan sikap ego dan tidak ada rasa apa-apa kekesalan dari tindakannya memfitnah Parti Amanah Negara (AMANAH) serta pemimpin pertubuhan itu dengan Parti Komunis Malaya (PKM).

Dia masih mencicipi dirinya yaitu betul dengan tuduhan liarnya itu dengan berkata : "... tetapi itulah hakikatnya."

Adalah terperinci bahawa sikap Razman masih berdegil dan berkeras untuk mengaitkan Amanah dengan PKM melalui kata-katanya : "... tetapi itulah hakikatnya."

 Razman berkata, "Tak apalah ia minta (permohanan maaf), itu proses saja,"

 Sangat terperinci kepada kita semua bahawa permohonan maaf Razman ini hanyalah sekadar "proses' mahu mengelak dirinya dari diheret kemahkamah dan di saman, bukan kerana ia mengaku kesilapannya yang memfitnah.

  Razman masih tetap tuduh Amanah sebagai sayap kominis atau proksi kepada DAP.

  Razman bahwasanya telah serik naik turun mahkamah kerana memfitnah DS Nizar. Keputusan fitnah Razman vs Nizar akan diputuskan pada 25 Jun depan.

 Saya harap pihak Amanah tidak semudah ini untuk mendapatkan permohonan maaf si Razman tanpa menyatakan kesilapannya itu.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Harap Amanah terus saman si Razman..."

Post a Comment