Berita Semasa

Hanipa Maidin jawab Hujah x ada class

Hanipa Maidin
1. Ada seorang pemimpin parti suci berkata di dalam Nadwah ulama di Kelantan bahawa jangan harap institusi pondok yg ada ( di Kelantan ) skrg terus abadi apabila bukan lagi ulama yang ketuai Kerajaan. 

 2. Beliau juga kata pihak yang ingin jatuhkan Kerajaan Negeri Kelantan sibuk mempebesarkan perkara yang remeh temeh. 

 3. Sebenarnya kenyataan serapuh itu x perlu aku komen pun tapi malangnya ramai yang amat mudah terpesona dengan mana mana individu yg bergelar " ustaz" atau " ulama'"berkata sehingga otak mereka jammed x boleh nak fikir dan meskipun yg berkata itu masih boleh kita persoalkan adakah mereka memang ilmuan Islam yang sebenar. 

 4. So, aku kongsi sikitlah komen saya. 

 a. Sama ada institusi Islam spt sekolah agama atau pondok abadi atau tidak tak bergantung para ulama yang perintah. Dulu di K' tan masa bukan almarhum Tok Guru Nik Aziz jadi MB pun, sekolah pondok dah ada dan x dikacau pada hal masa tu bukan ulama yg jadi MB. 

 b Di England, yg ulama x pernah jadi Ketua Negara, Yusuf Islam atau Cat Stevens boleh buka sekolah agama. Malahan di England ada Bank Islam. Parlimen Islam pun pernah wujud hasil idea almarhum Kalim Siddique. Di Universiti Cambridge skrg, ada kolej Muslim Cambridge ( Cambridge Muslim College ) dan Deannya ialah British Muslim.. Wahai sheikh kabeer.. 

 c. Di Turki , sekolah agama tak diganggu oleh bapa sekular Turki, Kamal Attartuk. Di USA, bersilih tukar Presiden drp Demokrat dan Republikan yg bukan Islam dan sudah tentu bukan ulama', tapi kolej Islam Zaytuna di California masih abadi x ditutup. 

 d. Begitu juga di Singapura madrasah Al Junaid tak dikacau oleh Kerajaan PAP. Di Thailand, Kerajaan majoriti rakyat Buddha pun x kacau byk pondok- pondok di Selatan Thailand. 

 e. informasi remeh temeh? Ia bergantung perspektif seseorang.Jika seseorang yang dah biasa dengan kekotoran hatta di tandas masjid atau tandas sekolah agama atau sistem perparitan yg tersumbat dengan sampah sarap dan bacin busuk, mungkin bagi orang itu informasi kebersihan ialah remeh meskipun dlm kuliah di masjid atau surau berbuih buih verbal baca hadith" kebersihan itu sebahagian dari iman" atau baca ayat al Alquran yg bermaksud " Sesungguhnya Tuhan mencintai orang2 yang bersih". 

 Kesimpulan..hujah x ada class!

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Hanipa Maidin jawab Hujah x ada class"

Post a Comment