Berita Semasa

Baguslah jikalau Awie Sudah bertaubat...


 Jangan nak mengarutlah wahai Bob Lokman ! Apakah kerana Awie pergi mengadap lebai-lebai Pas di Kelantan maka itu kau kata Awie sedang menapak ke Syurga?

 Apakah Bob Lokman ingat kita ni semua buta dan tak tahu bahawa ada lebai-lebai Kelantan tu kerjanya pikul balak dan meratah tanah?

 Awie singgah di Kelantan dengan Geng Bikersnya dengan imej rock yakni terang membawa budaya rock tapi kau kata ia sedang menapak ke Syurga!

Elok sangatlah kalau Awie benar-benar telah bertaubat. Tapi buat masa kini, kita semua belum pernah dengar dari lisan Awie sendiri perihal pengakuannya yang ia telah bertaubat. Atau ada tanda-tandanya ia telah bertaubat.

 Bob Lokman, yang suatu saat dulu merupakan Pengurus kumpulan Wings (1986-89), berkata: Awie sedang melangkah usia, Awie sedang mengakhiri dunia. Maka salahkah kalau kita sama-sama menapak ke Syurga? 

 Hanya kerana diatas kehadiran Awie dan geng motornya ke Kelantan baru-baru ini Bob Lokman kata gitu?

Inikah adat seorang insan yang bertaubat?

 Alangkah lebih baik lagi sekiranya Bob Lokman turut memperakui bahawa Awie membawa geng bikersnya ke Kelantan  untuk sama-sama menapak ke Syurga!

Bukankah Awie datang bersama dengan geng bikers yang begitu ramai, maka yakni tidak adil kalau Bob Lokman hanya memperakui Awie seorang sahaja yang mahu bertaubat?

Apakah yang lain-lain itu hanya tolong hantar Awie untuk menapak ke Syurga seorang diri saja? 

 Semua kita tahu bahawa beratus ribu insan selama ini telah singgah di Kelantan dalam perjalanan mereka mencari syorga di Golok, Siam tu!

Maka janganlah hanya kerana Awie dan geng bikersnya datang ke Kelantan maka ada pula yang kata Awie sudah bertaubat? 

Bob Lokman menulis dalam fesbuk :


Ahmad Azhar @ Awie, jadi kontroversi bila buat event di Kota Bharu. Hingga ada kononnya pelajar tahfiz yg menyesali keadaan. Ramai berprasangka kehadiran Awie seorang boleh merosakkan sebuah kerajaan Islam Kelantan. 

Awie ada pengikut. Dia ada karisma. Dia diminati. Kalaulah kita boleh benci kepada sikap lampaunya, apakah tidak wajar utk kita mendapatkan bila Awie bertamu ke daerah kita? 

Adakah berdosa? 

Awie sedang melangkah usia, Awie sedang mengakhiri dunia. Maka salahkah kalau kita sama-sama menapak ke Syurga? 

Awie sobat saya, bahkan saya pernah terlebih berdosa darinya. Mengenali Awie, arwah ayah & maknya serta familinya saya kenal Awie terbenih dari keluarga yg sangat baik hati. 

Makanya jangan menghalang sobat saya untuk mencari jalan pulang ke Syurga. Kepada Kelantanis tahniah kerana tidak rasa tercemar keimanan anda bila mendakap Awie dgn penuh sayang sebagai saudara seIslam.




Baca Juga :
Tiada Faedahnya Rakyat Beri Sokongan Kepada Pas
Mujahid saman pensyarah RM5 juta
Adun Rembat RM50 ribu utk pergi keluar Negara
KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN 13 JULAI 2017

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Baguslah jikalau Awie Sudah bertaubat..."

Post a Comment