Berita Semasa

APA YANG TUAN HJ IBRAHIM TUAN MAN SERTA 30 ORANG AHLI JAWATANKUASA PUSAT PAS PUAS HATI DENGAN PENERANGAN ARUL KANDA?!


 Parti Pas telah menjadi semakin kurang pandai dan dungu dari hari ke sehari semenjak kebelakangan ini.

Tak tahulah apa yang timbalan presiden Pas puas hati dengan penerangan pelan rasionalisasi 1mdb yang telah diberi taklimat oleh arul kanda kandasamy?!

Arul kanda kaki penipu!! Dulu arul kanda kata ia secara peribadi pergi ke bank BSI di singapura dan lihat dengan mata sendiri ada duit syarikat 1mdb yang disimpan dalam bentuk tunai sejumlah lebih kurang rm4 bilion.

Pada bulan march 2015 perdana menteri paling korup mengesahkannya di dalam parlimen!! Perdana menteri pun menipu parlimen pada waktu itu.

Akhirnya mereka mengakui bahawa di dalam bank BSI singapura tidak mempunyai wang tunai tetapi simpanan yaitu dalam bentuk unit!! Namun kita tak tahu unit apa?!

Takkan timbalan presiden Pas yang kurang pintar tak ingat arul kanda cakap pasal pelan rasionalisasi syarikat 1mdb dari tahun lepas lagi. Tetapi kini banyak yang masih gagal!!

Pelan rasionalisasi 1mdb masih gagal setakat ini sehinggakan syarikat itu tidak mempunyai wang untuk bayar hutang.

Saya nak tanya timbalan presiden Pas ia tahu tak dah hampir beberapa tahun akaun syarikat 1mdb masih gagal diodit!!

Arul kanda bercakap mengenai penjualan aset Bandar Malaysia, duit-duit simpanan 1mdb di kepulauan caymen, tanah 1mdb yang dibeli oleh Tabung Haji, jadwal pelupusan hutang-hutang syarikat 1mdb, penjualan aset janaletrik dan pelbagai lagi kononnya mereka akan bisa langsaikan hutang-hutang syarikat tersebut pada hujung tahun 2015!!

Akhirnya apa terjadi?! Dah hampir setahun setengah walaupun jadwal rasionalisasi syarikat 1mdb dilancarkan; semua hutang-hutang tertunggak gagal dilunaskan sepertimana arul kanda bercakap!!

Yang terbaru pembayaran permulaan hutang pada syarikat IPIC sejumlah rm2.6 bilion gagal dibayar yang sepatutnya dilunaskan pada 31 julai 2017.

Saya nak nasihatkan timbalan presiden Pas dalam info 1mdb jangan dengar kisah dari arul kanda saja!! Arul kanda sudah pasti akan bercerita yang baik-baik belaka!!

Tuan hj ibrahim tuan man patut kaji laporan-laporan DoJ jilid satu dan dua, laporan perbicaraan di mahkamah singapura, kaji laporan PAC dan laporan ketua audit negara serta panggillah juga yb tony pua bersama yb rafizi ramli untuk memberi pencerahan pada Pas. Baru boleh dapat gambaran yang terang serta tepat!!

Pas kini telah menjadi parti yang kurang pandai serta pemimpin-pemimpinya pula pun senang diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin umno.

Jadi, yaitu terlalu awal untuk tuan hj ibrahim tuan man dan 30 orang hebat jawatankuasa sentra Pas nak berkata mereka berpuas hati dengan taklimat arul kanda kandasamy yang kaki temberang!!

Walapun pemimpin-pemimpin Pas kurang pintar tapi janganlah bagi pemimpin-pemimpin umno terus memperbodohkan Pas!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "APA YANG TUAN HJ IBRAHIM TUAN MAN SERTA 30 ORANG AHLI JAWATANKUASA PUSAT PAS PUAS HATI DENGAN PENERANGAN ARUL KANDA?!"

Post a Comment